Insurans motor di Malaysia adalah tertakluk dibawah Akta
Pengangkutan Jalan 1987 serta pindaan pindaan yang dibuat dari masa ke semasa.
Bahagian IV Akta berkenaan memperuntukkan bahawa setiap pemandu/penunggang
kenderaan mestilah memiliki insurans yang dikeluarkan oleh insurer berlesen. Ia
menyediakan perlindungan dari sebarang liabiliti yang mungkin ditanggung, yang
melibatkan kematian atau kecederaan pihak ketiga, yang berpunca dari penggunaan
kenderaan bermotor di atas jalan raya.
Jenis-jenis kenderaan:
- Kenderaan persendirian
- Kenderaan perdagangan
- Motosikal
No comments:
Post a Comment