Perlindungan Akta
Sahaja
Perlindungan ini menyediakan indemnity
minimum yang diwajibkan oleh Akta Pengangkutan Jalan 1987, juga dikenali
sebagai perlindungan ‘Akta’
Perlindungan yang diperlukan ialah
yang meliputi:
• liabiliti undang-undang atas
kematian atau kecederaan anggota badan pihak ketiga (tidak termasuk penumpang) disebabkan
atau akibat dari penggunaan kenderaan bermotor milik insured di atas jalan
raya.
Perlindungan Pihak
Ketiga
Bentuk perlindungan ini sama
seperti perlindungan Akta, dengan tambahan perlindungan liabiliti kerosakan
atau kerugian harta pihak ketiga akibat penggunaan kenderaan insured di atas
jalanraya. Perlindungan pihak ketiga biasanya merupakan pilihan terakhir
pemegang polisi kerana perlindungan yang ditawarkan tidak melindungi kerugian
atau kerosakan kenderaan milik pemegang polisi, dan perlindungan dihadkan kepada;
• kerosakan harta milik pihak
ketiga
• liabiliti undang-undang atas
kematian dan kecederaan anggota badan pihak ketiga
Pihak Ketiga,
Kebakaran Dan Kecurian
Sebagai tambahan kepada
perlindungan polisi pihak ketiga, polisi ini juga menyediakan perlindungan
terhadap kerugian atau kerosakan kepada kenderaan insured disebabkan kebakaran
atau kecurian. Elemen risiko berlakunya kecurian dan kebakaran menyumbang
kepada kadar premium yang dikenakan untuk polisi ini hamper sama dengan premium
polisi komprehensif dan oleh itu ia bukanlah pilihan yang bijak. Premium yang
dikenakan untuk perlindungan ini adalah lebih kurang 75% dari premium
perlindungan komprehensif.
No comments:
Post a Comment