Jenis-jenis kenderaan
Bagi tujuan insurans, kenderaan bermotor telah dikelaskan di
bawah Tarif Motor seperti berikut;
• Kenderaan Persendirian
Kenderaan persendirian
termasuklah kereta roda tiga dan station-wagon yang digunakan untuk tujuan
sosial, domestik dan keseronokan; dan juga untuk tujuan perniagaan atau kerjaya
profesional insured sahaja. Polisi ini secara jelas hanya memberi perlindungan
kepada kenderaan yang digunakan atas tujuan sosial, domestik dan keseronokan
sahaja. Oleh itu, kenderaan yang digunakan untuk tujuan disewakan atau mendapat
ganjaran, perlumbaan, pengatur kelajuan perlumbaan, ujian ketahanan dan kelajuan,
sebarang tujuan berkaitan perdagangan, membawa barangan dagangan kecuali
barangan contoh dan membawa penumpang yang membayar upah atau sewa adalah
dikecualikan.
• Kenderaan Perdagangan
Kenderaan yang digunakan untuk
tujuan perdagangan seperti van, teksi, pick-up, lori, trailer, kenderaan
bersambung dan sebagainya tidak dilindungi dibawah polisi kenderaan persendirian,
tetapi ia diletakkan dibawah polisi insurans kenderaan perdagangan. Ia meliputi
semua kenderaan (termasuk kenderaan beroda tiga) yang tidak diletakkan di bawah
kategori kenderaan persendirian atau motorsikal. Pelanggan korporat yang
memiliki sejumlah besar kenderaan biasanya akan membeli polisi motor tunggal
atau polisi fleet. Perbezaan antara dua polisi ini ialah pilihan penyertaan
Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) atau Diskaun Fleet. Berikut adalah pembahagian kecil
kenderaan perdagangan dibawah Tarif;-
i. Perniagaan motor
Perlindungan insurans jenis ini
biasanya dibeli oleh pengeluar, pembaik pulih atau penjual kereta dimana
perniagaan utama mereka melibatkan urusan penjualan kenderaan bermotor.
ii. Kenderaan membawa barangan dagangan
1. Permit Pengangkutan A – lessen
pengangkutan awam
2. Permit Pengangkutan C – lessen
pengangkutan persendirian
iii.
Kereta sewa
1. Sewa awam – teksi
2. Sewa pandu – kenderaan disewa
tanpa pemandu
3. Sewa dengan pemandu –
kenderaan disewa berserta pemandu
iv. Bas
1. Bas awam – membawa penumpang untuk
mendapatkan upah atau bayaran
2. Bas persendirian – digunakan
oleh pihak hotel atau organisasi persendirian untuk mengangkut kakitangan dan
tetamu.
3. Bas sekolah – digunakan untuk mengangkut
kanak-kanak sekolah bagi mendapatkan upah atau bayaran
v. Kenderaan khas
Kenderaan jenis ini termasuklah
trak forklift, kren mudah alih, bulldozer dan ekskavator, kenderaan pertanian
& perhutanan, kenderaan membersih dan meratakan tapak pembinaan, mesin
penanam pokok boleh ubah, trak penghantaran (kawalan dari luar kenderaan), lori
sampah (dikendalikan mesin), mesin penyodok, mesin pengaut, kereta sorong dan traktor
pengangkut barangan, kereta bomba, (penggelek jalan), (mesin pengisar), kereta jenazah,
van kedai bergerak & kantin, van penjara, penyembur tar, mesin penyedut
habuk, traktor & jentera penarik.
• Motosikal
Kenderaan jenis ini termasuklah
motosikal berserta atau tanpa kereta sisi (side-car), skuter, basikal automatik
atau basikal yang dijalankan secara bantuan mekanikal. Tarif seterusnya mengkategorikan
kelas motosikal ini kepada;
i.
motosikal persendirian;
ii. motosikal perdagangan;
iii. motosikal (dengan atau tanpa
kereta sisi) untuk disewa
iv. perniagaan motosikal
No comments:
Post a Comment